Sunday, July 02, 2006

pasca PERKASA (26/6/06)

Memory: 260606

Perkasa sudah berakhir. Sgt meletihkan fizikal dan mental. Aku bukannya tak lasak, Cuma dah lama tak masuk aktiviti lasak. Last aku masuk hutan form4. seingat yg ingat lah. Last camping abih form 5 before masuk uia. Tapi, tuh camping tepi pantai.

Dah sampai di Baitul Islah, dalam kul 1pg. Terus landing tidor tak ingat dunia. Bila dah tersedar dah subuh pun. Solat pun dgn rukhsah yg dibenarkan. Kakiku tak berupaya utk duduk. Boleh berdiri dan melunjur je. Nikmat kaki yg ditarik utk seketika. Lepas subuh, rutin kami hari nih tak berjalan. Kesemuaanya masih dalam keadaan letih yg amat sangat. Termasuk aku.

Bila tersedar lagi, ada yg sudah berkerja keras utk membasuh uniform semalam yg eeei...kalah baju org gi menoreh getah. Aku nak join gak. Terbatas dek kakiku yg masih sakit. Tangguh dulu. Aku tau pakaian aku memang dah x macam baju aku pakai sebelum gi trekking.

Dalam 11 lebih, aku kuatkan jgk utk branch. Lapar jugak la. Makan apa yg ada je. Seusai makan, kak Rose menawarkan perkhidmatan mengurut kakiku. Hoho..sakit yg amat. Berkerut-kerut dahiku. Bila tak tahan sgt, jerit je lah. Dan, minyak2 panas, spt minyak Mestika yg warna ijau tuh amat laris.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home