Thursday, June 22, 2006

hari 2 (3/6/06)

3 jun-
Memory: 030606-Sabtu
Harta Jasad: sarapan n lunch- nasi lemak+ tea O+ kuih bingka n kuih badak
Dinner- nasi campur

Hard Rock Iman
Bertolak dr Tadika As-syams ke penempatan peserta MISI’06. Rombongan akhawat, 5 kereta sarat dgn keperluan utk dikuarantinkan selama sebulan. Aku? Sebuah beg 85cm x 50cm, bag-pack dan bantal. (penuh jugaklah bonet kereta Kancil Kak Wardah.)
Tiba di Desa Saujana- Balai Raya agak lambat disebabkan ketidaktahuan tempat secara spesifik. Setelah semua peserta tiba di tempat di tempat yg akan berlangsungnya Majlis Perasmian Mukhayyam Intensif Siswa-Siswi Islah 2006. Anjuran KARISMA dan JIM dgn kerjasama Persatuan Penduduk Desa Saujana (PPDS) dan Ahli Surau Desa Saujana. (Masuk dewan barulah aku tahu MISI06 stands for what.)
(Malas nak cerita apa yg berlaku dlm majlis tuh, just cam biase, ucapan-ucapan dan ucapan…bla..bla..bla…)
Masuk rumah bertempat di Desa Mekar. (ok, not bad...)3 bilik, 2 bilik air. Basuh rumah dgn sebersih-bersihnya secara gotong-royong. Yieha~ main air. (Aku amik tugas basuh tandas...hmm~) Dah siap sapu, lap, kering, kami mula membahagikan ahli rumah utk di masukkan ke bilik 1, 2 dan 3. Barang keperluan rumah disediakan dan sampai sebaik kami usai mengemas barang-barang kami. Dapur, gas memasak, peti ais, mesin basuh baju. Rice cooker, kettle, rak pinggan, baldi, penyapu-semua jenis, sabun-selain toileteries masing-masing. Tikar, cupboard, comforter( hmm, byk la...pendek cite, semua keperluan org baru masuk rumah baru.)
Hari ni, lebih kepada menyusun atur kedudukan rumah dan ahli rumah. Tanzim aalil-bayt dibentuk, pilih ketua: kak Rose dan bendahari:Fatimah. Petang sesi memenuhkan peti ais dan dapur supaya berasap kemudian hari. 8 org aalul-bayt menaiki 2 kereta bergerak ke pasar malam di Fasa 1. Kami berpecah utk mencari bahan-bahan masakan-kering dan basah.
Aku menimba pengalaman memilih bahan basah- ayam, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Ilmu yg tahu perlu digunakan: pilih ikan yg segar. Ciri-ciri segar, mata ikan tuh masih jernih dan tak merah. Check insang ikan, yg merah tuh elok, kalo pucat tuh, baik tak pilih. Lama kemain nak pilih ikan, punyalah berhati-hati aku ngan kak Maryam J. Nak pulak beli utk 13 org 2x makan. 26 ekor tak silap. Pilih ayam, tak lama sangat, for me, aku tak pilih yg kecik sgt, tak besar sgt. Aku tak suka ayam besar, daging keras! Cari sayur. Cari buah. Next tips, pilih buah oren sunkist. Nak yg manis, biizniLlah, yg ada benjol kat bawah. Betul ke tak balik rumah kita test.
Barang yg lain, aku tak nak cerita, sbb bukan aku yg beli. Al-kisahnya, hari ini, kami blm mula memasak lagi. Masih disaji makanan oleh PIC program. Malamnya, kami bertadarus semua ahli rumah membacakan surah al-Baqarah dr awal hingga akhir. Salah satu surah yg dianjurkan apabila memasuki rumah yg lama tidak berpenghuni. Tersengguk jugak nak habiskan satu surah ni.
Deep inside, aku tahu aku sedang meniti pengalaman baru yg bakal menjadi kenangan selepas MISI06 berakhir. Seronok. Itu yg boleh diluahkan seiring dgn yg kurasa. Sedikit cuak terselit gak, macam mana nak menghadapi hari seterusnya?

Soul of Ukhwah
Aalil-bayt: kak Rose (kapten kapal), kak Roha & kak Ram (supirah=)), kak Maryam J(photographer), kak Maryam A, k. Aza, k. Husna, k. Sya, k. Nazihah, k. Sal, k. Azi, k. Asmaa’

Support team: Mak cik Ton, k. Lin, Mukinah, Ma’alimMunirah, k. Wardah, dan special thankz to Wanita Desa Saujana (WADINA).

0 Comments:

Post a Comment

<< Home