Thursday, June 22, 2006

hari 9 (10/6/06)

Memory: 100606- Sabtu

Hard Rock Iman
Hari ini gotong royong atau khidmat masyarkat. Pagi2 kuar tanpa mandi, gi senamrobik ngan WADINA. Stamina tak mantap. Muda-muda dah semput. Isk. Malulah. Dah la kitorg lambat sampai, sbb tak jumpa tempat senamrobik. Dah tu, blah pulak cepat. Dah janji nak mulakan gotong royong dalam kul 9 pg. Hoho...byk sgt kerja yg kena buat utk menyusun balik balai raya dan pusat sumber Desa Saujana. Aku nampak cam, satu tempat je biasa tak de org nak buat. Basuh tandas. Erm~ buat je lah. Aku bekerjasama ngan kak Maryam J yg baru sampai lps kami senamrobik. Kat dalam pusat sumber ngan kat balai raya. Bukanlah kotor sgt, cam tak pernah guna je. Tapi sebab terbiar kot, itu yg pelik je... sgt tak sanggup nak basuh... akhirnya bersih jugak. tak perlulah aku state kattsini betapa bekerja keras kami nak mengembalikan warna asal lantai dan tandas tersebut. Jijik ke?
Dah penat sepagi bergotong royong membersihkan dua bangunan, balik la ke rumah dgn harapan nak topup tenaga utk aktiviti seterusnya. Malang tak berbau, mmg sesuai sgt gunakan ungkapan tersebut utk menggambarkan kehampaan kami bila gas memasak habis. Terpaksa lah jama’kan lunch ngan dinner malam karang. Kami kembali ke Desa Saujana utk khidmat masyarakat. Akhawat dipecahkan kpd 3 kumpulan. Ikhwah tak siap agi kerja2 yg sepatutnya selesai pd sesi pagi. Banyak kot kerja2 diorg. Aku nampak tak ramai pun ikhwah yg ada. Ikhwah MISI sendiri tak sampai 10 org. Teruskan cerita khidmat masyarakat yg mana grup aku ke rumah Ibu Ana. Dekat je ngan balai raya.
Tujuan kami ke sana utk buat memberikan khidmat. Sesampai depan rumah Ibu, lalu lah penjual aiskrim. Kami lapar~ dan sangat tertarik ngan aiskrim tuh. Apalagi, kami belilah dan duduk bersila dpn pagar rumah Ibu. Aku yakin, Ibu tak perasan pun. Dasat sungguh.
Dah masuk rumah Ibu, kami dah mati idea apa perkhidmatan yg boleh kami hulurkan. Rumah Ibu sgtlah kemas dan simple. Duduk bersembang ngan Ibu sambil melayani keletah anak bongsu Ibu, Iskandar. Akhirnya, kami masuk dapur utk goreng keropok utk dibawa balik ke balai raya.
3 tugas perlu dibahagikan. Mereka yg memasak perlu memasak. Kitorg lapar nih. Mereka yg perlu ke pasar utk membeli bahan dapur mingguan. Dan mereka yg membersihkan baitul-Islah B. Tandas lagi mangsaku! Ada cerita tak best. Kereta ust. Samsuri tak mahu hidup. Sampai malam, kitorg dah gelabah, camne nak gi Desa Saujana? Dahnya masa balik dr gotong royong pagi, kereta kak Roha kena tahan kat ICU. Apalah ujian utk akhawat? Kitorg cuak. Tapi mengatasinya spt melayani sitkom Senario. Sblm isya’ beberapa org kuar nak tolak kereta ust. Samsuri. Sambil gelak2. dah tu bersorak bila kereta tuh hidup. Seronok. Sedih. 8 hari MISI, 6 kereta berbakti utk kami, demi dakwah ini. Pantaskah aku berputus asa sbb ujian ini?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home