Wednesday, July 05, 2006

MISI baru bermula!!??

misi dalam ingatan.moga segala yg kukutip dalam misi mampu menjd attitude utk hari ini.moga amalan di misi tidak terhenti bersama majlis graduasi. bukan sekadar kenangan tapi kuperlu teruskan selama-lamanya.

apa yg misi benar2 melatih diriku:
  • nak makan masak sendiri :D
  • nak masak kena g pasar!! (duk umah, umi tlg pegi, nnt leh ngikut g skali eh,bkan duk dlm kete je =P)
  • solat berjemaah setiap waktu (ayok~ajak mereka bersama)
  • ada kumpulan quranic utk tadarus (kat umah, tadarus ngan adik2)
  • makan dalam talam (hmm~jimat air sbb xbyk pinggan, sabun pun jimat gak, ngan adik2 tlg suapkan diorg jelah..mana umi simpan talam?)
  • basuh lah baju anda sblm ia menjadi gunung sempot :") (masa misi, kene amik turn..)
  • isi masa ngan membaca (bukannya tgk tv~dush!!)
  • tidur awal, nnt leh bgn awal
  • mathurat 2kali sehari
  • solat dhuha (bila ingat..adeh)
  • mandi dgn kadar pantas
  • qailulah
  • bercakap dgn santun +_+
  • duit???
  • bgn pagi minum susu sblm sarapan (penangan nutrisi pemakanan..)
  • sayangi bahasa melayu dan gunakanlah tulisan jawi
  • hargailah masa bersama......Y_Y
cam kak MJ btau, berakhirnya misi inilah langkah pertama utk menjalankan misi yg sebenar.. ingatkan aku bila aku lupa.

Sunday, July 02, 2006

pasca PERKASA (26/6/06)

Memory: 260606

Perkasa sudah berakhir. Sgt meletihkan fizikal dan mental. Aku bukannya tak lasak, Cuma dah lama tak masuk aktiviti lasak. Last aku masuk hutan form4. seingat yg ingat lah. Last camping abih form 5 before masuk uia. Tapi, tuh camping tepi pantai.

Dah sampai di Baitul Islah, dalam kul 1pg. Terus landing tidor tak ingat dunia. Bila dah tersedar dah subuh pun. Solat pun dgn rukhsah yg dibenarkan. Kakiku tak berupaya utk duduk. Boleh berdiri dan melunjur je. Nikmat kaki yg ditarik utk seketika. Lepas subuh, rutin kami hari nih tak berjalan. Kesemuaanya masih dalam keadaan letih yg amat sangat. Termasuk aku.

Bila tersedar lagi, ada yg sudah berkerja keras utk membasuh uniform semalam yg eeei...kalah baju org gi menoreh getah. Aku nak join gak. Terbatas dek kakiku yg masih sakit. Tangguh dulu. Aku tau pakaian aku memang dah x macam baju aku pakai sebelum gi trekking.

Dalam 11 lebih, aku kuatkan jgk utk branch. Lapar jugak la. Makan apa yg ada je. Seusai makan, kak Rose menawarkan perkhidmatan mengurut kakiku. Hoho..sakit yg amat. Berkerut-kerut dahiku. Bila tak tahan sgt, jerit je lah. Dan, minyak2 panas, spt minyak Mestika yg warna ijau tuh amat laris.

PERKASA!!! hari ke 24 (25/6/06)

Memory: 250606

Perkasa bermula. Pukul 4.30 pg, kami berkumpul di balai raya Desa Saujana. Menuju ke destinasi yg aku tak tahu di mana. Konvoi 9 kereta. Ngantuk seh, tidur la jgak.

Kami berhenti di sebuah surau utk solat subuh. Kepekaan aku tak berfungsi dgn baik, sbb tak tahu apa nama tempat surau. Meneruskan perjalanan ke destinasi yg hanya fasi2 je tau. Kenderaan aku naiki dikemudi oleh k. Hamnah dan kami penumpang bertujuh. Jarak utk sampai di balai ketibaan tak lah jauh sgt, selama kami membaca Ma’thurat.

Sarapan. Kemudian main tali jumanji. Grup dapat no.2. kalah ngan grup ikhwah 3 langkah je. Diorg baring tuh panjang. Hahaha. Masa bertolak dah tiba, grup aku yg ke5 bergerak. Stage 1 tak teruk sgt. Cuma ada ketidakyakinan utk mencari point seterusnya. Bimbang sesat.

Bila dah sampai di empangan, masya Allah! Ada jugak ke pemandangan yg sebegini indah di watani? Release jap ketegangan yg baru nak membiak. Hmm~ terkesan gak bila org tak mengenali kita dan menyakiti kita. Dah la ada konflik idea sblm nih, nih kalo tak dihalang oleh akhawat lain, mahu tak aku terus berkata dgn emosional. Lupakan perkara yg tak de manfaat utk perjalanan ini.

Pencarian stage 2, bunga manggar yg bertulis Fawaz ♥ Syikin. Berjalan merentasi empangan. Masa tuh dah pukul 0945. masa nih memang penuh cabaran. Fizikal dan mental. Setiap kali letih, AWAN 9 dingap. Utk menyumbangkan tenaga.
Bagi aku, PERKASA ni just jalan-jalan je. Tak lah sehebat yg pernah aku lalui sebelum ni. Yg betul cabaran, perjalan selama 5 jam sehala. Tanpa henti. Yg aku risaukan jugak, ya Allah biarlah kasut aku nih selamat pergi dan balik.

Dah sampai di ‘the lost waterfall’ Perlus, sgt2 bersyukur dan kagum. Dalam hati aku berharap aku dapat sehebat air terjun tersebut yg tak pernah takut utk terjun. No words can express my feeling. Sgt teruja nak berendam kat dalamnya. Mula-mula cuci kasut yg penuh ngan lumpur dan mencari pacat. Sepanjang jalan masuk, aku ditemani seekor pacat. Eei, sgt geli. Gelikan darah dan pacat sendiri tuh. Sempat dan menjerit menyanyi lagu2 yg aku rasa nak jerit. Makan2. macam picnic. Lepas mandi dan buat apa yg patut, solat jamaah di atas batu. Cabul sgt mulut tgk ikhwah solat cam nak jatuh, bila aku yg duk situ, harap x jatuhla. Mau tak, jatuh terus dalam alur air tuh.

Menunggu masa bertolak balik. Tertidur jgk dalam kesejukan. Semualah, baju, tudung, seluar, stokin dan kasut. Menggigil. Kuatkan juga semangat utk kuar balik. Mendengar fasi yg berjalan depan aku, akhawat ada masalah attitude, terus je semangat nak kuar. Tambah2 lak kena sekali lagi ngan pacat. Tadi sebelah kanan, nih sebelah kiri lak, tempat yg sama. Garam tak de. Sabar je menahan kegelian. Eei, kaki yg dah letih dipaksa jugak melangkah dgn luasnya. Nak kuar. Sampai kena sound, jalan slow skit, tunggu org belakang. Iyerlah. Malas nak state dah seterusnya.

Jalan balik ke stage 1, kakiku dah tak bermaya. Jalan dah terencot-encot. Membantutkan perjalanan yg lain. Dah la gelap. Sampaikan kena stop comor minyak. Dah balik ke sekolah kebangsaan pomsom, aku baring sampai terlelap di kaki lima. Penatnya ya Allah.

Apa yg terlayar di mindaku, bila mengharungi trek yg banyak halangan, aku mendapat gambaran, beginilah jalan yg aku lalui sekarang utk menyeru kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran. Jalan dah ada, halangan juga ada, hanya org yg kuat fizikal mental atau dgn kata lain ada SPESIS mampu sampai ke puncak. Kadang2 trek tanpa lumpur, ada yg kena daki, ada yg kena gelungsur turun. Ada gak batang2 pokok, buluh, akar yg berserabut yg menyadung kakiku jatuh. Cedera atau tidak, aku perlu teruskan perjuangan. Bila lalu tempat yg lapang mulalah lupa diri. Memang sgt dekat ngan kehidupan hari-hariku.